My Beloved Followers

4.6.11

Mayat Remaja & Dulang

**Salam..malam ni i ade terbaca satu kisah ni seperti tajuk di atas tu..so i nk kongsikan cerita ni utk kesedaran dan pengetahuan kita semua..Begini ceritanya..
Ada seorg cendikiawan ni namanya Salleh Muri.Pada hari jumaat semasa beliau dalam perjalanan menuju masjid utk solat subuh, beliau melalui kawasan kubur dan berhenti seketika utk berdoa..jadi,dlm waktu itu,beliau rasa sgt mengantuk dan akhirnya tertidur..lalu beliau bermimpi:
Beliau melihat mayat-mayat bercahaya keluar dari lubang kubur. Beliau tergamam. Kemudian,mayat2 itu berkumpul sesama mereka sambil berbual2..Tak jauh dari situ juga, beliau melihat mayat lelaki yg masih remaja itu tidak bercampur dgn mayat2 yg bercahaya itu.Mayat remaja itu kelihatan comot dan kotor.
Tak lama kemudian,beliau melihat beberapa org malaikat turun dr langit membawa pelbagai jenis dulang yg bercahaya. Malaikat2 memberi dulang2 kpd mayat2 yang bercahaya itu manakala mayat remaja itu tidak diberi dulang. mayat remaja itu sgt sedih pabila tgk dulang2 cahaya itu..
Sebenarnya..dulang bercahaya yg dibawa oleh malaikat adalah berupa sedekah dan doa drp org yg masih hidup di dunia dan akan diberikan setiap hari jumaat.
Mayat remaja itu sebenarnya ada ibu yang masih hidup tapi ibunya sentiasa sibuk dgn urusan dunia sampai lupa nak doa kat dia. Pastu Salleh Muri ni tanya di mana ibu mayat remaja tu tinggal.
Selepas beliau tersedar,beliau terus ke masjid dan menunaikan solat subuh..selepas itu,Salleh Muri menuju ke rumah ibu mayat remaja itu. dan menceritakan apa yang terjadi..Ibu mayat remaja itu sangat terkejut lalu menangis. Beliau lantas berjanji akan sentiasa mendoakan kpd anak lelaki nya itu.

Pada hari Jumaat berikutnya, Salleh Muri bermimpi lagi dan dalam mimpinya beliau lihat mayat remaja tadi kelihatan gembira dan cantik bercahaya disebabkan oleh doa yg disedekahkan ibunya yg masih hidup itu...Amin..akhirnya Salleh Muri terjaga dr tidurnya dan bersyukur kpd Tuhan krn mayat remaja itu gembira dan bahagia..Alhamdulillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen2 dari anda...