My Beloved Followers

3.7.11

'TIDAK KU PINTA MAHAR YANG TINGGI'

**Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia.
Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program "short sem" di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung.
Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Semoga Allah permudahkan semuanya.
Bujang Senang dan Bujang Belum Terlajak
Di hujung tahun sebegini sememangnya para 'bujang senang' mahupun 'bujang belum terlajak' mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.
Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.
Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.
Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.
"Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k."
"Anak pak seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu."
"Anak saya kawin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun."
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.
Anak Aku Paling Mahal
"Anak aku la paling "mahal" setakat ni dalam kampung kita, " dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.
Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.
"Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi," kata Lina.
"Hang gila ka apa? Aku bagi hang belajaq sampai MA, hang nak bagi kat dia RM2k jer. Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu," balas Mak Andak pada Lina.
Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan terderhaka.
Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.
Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.
Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.
Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.
Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.
Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda.
Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.
Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.
"Aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...."
Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Pesan Rasulullah s.a.w.
Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana nabi menyebut,
"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."
"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."
"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."
"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."
Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain.
Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.
Saya masih ada seorang kakak yang belum berkahwin dan insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Sempat saya berpesan kepada mak sebelum kakak bertunang.
"Kakak nanti, mak jangan letak mahal-mahal. Ikut pihak lelaki tu nak bagi berapa. Kita bukan nak jual anak. Kalau mahal-mahal pun menyusahkan pihak lelaki je nanti, lagi masalah."
Pelbagai alasan dan sebab serta hikmah tentang perkahwinan sempat diceritakan kepada mak saya.
Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya telah melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Selebihnya terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya.
Semoga hubungan kakak saya dengan bakal suaminya berkekalan selamanya dan mendapat reda dari Allah. Amin.
sumber dari : I Luv Islam.com

8.6.11

Beringatlah !!

**Peganglah dunia di tanganmu dan peganglah akhirat di hatimu. Bila berjauhan dari dunia, hati tidak terasa sempit kerana adanya akhirat yang lebih dekat dengan diri. Walaupun kita tidak mengetahui tarikhnya, yakinlah kematian itu sentiasa menjemput tanpa mengira persiapan kita.

4.6.11

**LISTEN**

**Layanzzzzz..

Mayat Remaja & Dulang

**Salam..malam ni i ade terbaca satu kisah ni seperti tajuk di atas tu..so i nk kongsikan cerita ni utk kesedaran dan pengetahuan kita semua..Begini ceritanya..
Ada seorg cendikiawan ni namanya Salleh Muri.Pada hari jumaat semasa beliau dalam perjalanan menuju masjid utk solat subuh, beliau melalui kawasan kubur dan berhenti seketika utk berdoa..jadi,dlm waktu itu,beliau rasa sgt mengantuk dan akhirnya tertidur..lalu beliau bermimpi:
Beliau melihat mayat-mayat bercahaya keluar dari lubang kubur. Beliau tergamam. Kemudian,mayat2 itu berkumpul sesama mereka sambil berbual2..Tak jauh dari situ juga, beliau melihat mayat lelaki yg masih remaja itu tidak bercampur dgn mayat2 yg bercahaya itu.Mayat remaja itu kelihatan comot dan kotor.
Tak lama kemudian,beliau melihat beberapa org malaikat turun dr langit membawa pelbagai jenis dulang yg bercahaya. Malaikat2 memberi dulang2 kpd mayat2 yang bercahaya itu manakala mayat remaja itu tidak diberi dulang. mayat remaja itu sgt sedih pabila tgk dulang2 cahaya itu..
Sebenarnya..dulang bercahaya yg dibawa oleh malaikat adalah berupa sedekah dan doa drp org yg masih hidup di dunia dan akan diberikan setiap hari jumaat.
Mayat remaja itu sebenarnya ada ibu yang masih hidup tapi ibunya sentiasa sibuk dgn urusan dunia sampai lupa nak doa kat dia. Pastu Salleh Muri ni tanya di mana ibu mayat remaja tu tinggal.
Selepas beliau tersedar,beliau terus ke masjid dan menunaikan solat subuh..selepas itu,Salleh Muri menuju ke rumah ibu mayat remaja itu. dan menceritakan apa yang terjadi..Ibu mayat remaja itu sangat terkejut lalu menangis. Beliau lantas berjanji akan sentiasa mendoakan kpd anak lelaki nya itu.

Pada hari Jumaat berikutnya, Salleh Muri bermimpi lagi dan dalam mimpinya beliau lihat mayat remaja tadi kelihatan gembira dan cantik bercahaya disebabkan oleh doa yg disedekahkan ibunya yg masih hidup itu...Amin..akhirnya Salleh Muri terjaga dr tidurnya dan bersyukur kpd Tuhan krn mayat remaja itu gembira dan bahagia..Alhamdulillah..

3.6.11

**MALaS**

**Kawan-kawan..sesape yang xpernah rase malas?ce angkat tgn..aku nok bilang ni huhuu..and nok mitok petua cmne la nk mengatasi malas ni..lebih lg yg suke tido mcm aku ni..aku xtau r..sejak 2 3 menjak ni..aku rase susah sgt nok bangun pagi dan bila hari cuti mcm hari ni ni..suke sgt tdo petang(erm,ni pun baru bgn ni)huhu..
Aku cuba sedaya upaya utk elak dr jd malas ni sbb takut xdak org nk kawen nge aku kan tapi tetibe aku fail ler..huhu...camne yer nok atasi nyer!!!waduh2..doh berat kepale eden ni ha!!!uwaaaa.........

Blog yang lama kutinggalkan

**Alhamdulillah..lamanya xbukak blog ni...harini baru bukak(nampak sgt arini xtau nk buat pe)hihi..actually i bkn sje2 xnak open dis blog but i forgot passwod n watsover la..but i malas sebenarnye hahaa..lagipulak i nk active balik ber blog ni huhu..dahla tinggalkan hampir 2tahun..tah pape je i ni kan hhahaahaha....k r..xtau nk cite pe lagi..chowsssss huhu ....

30.12.09

~hari-hari yang sibuk~

assalamualaikum

*hari ini baru aku berkesempatan utk update blog aku yg aku rindu ni..disebabkan tiap2 hari aku dibelenggu kerja dan mesyuarat sampai ke malam, aku xsempat utk menatap dan menulis..adoi, dan hari ini aku telah ambil cuti utk sehari(habiskan cuti tahunan)dan otak aku pun dah bagi isyarat supaya aku duduk rehat di rumah..kerja aku pula memerlukan stamina yang cukup2 kuat utk aku ke tapak pembinaan dan juga memerlukan ketahanan yg sgt kuat trhdp panahan cahaya matahari..

memang aku suka sangat dengan kerja aku sekrang..walaupun sentiasa sibuk dan tidak boleh duduk diam didalam opis shj, dan aku boleh mendpt ramai tmn baru dari pelbagai bidang didlm industri pembinaan ini..selain dari itu, aku dpt mengenali tempat2 yg aku tidak pnh pergi krn aku sering outstation jauh dr tmpt ku...tapi dari sudut yg lain, akurs agak tertekan dgn consultant2 utk projek kami..dan juga kakitangan kerajaan yg lambat sgt mmberi respond sekaligus membuatkn byk projek yg aku handle mengalami masalah..ttp bkn la semua kakitgn yg mcm tu..ada juga yg sgt baik hati utk membantu aku mempercepatkan proses dan solve problem utk projek yg bermasalah..

ok, stop utk bercerita psl kerja,sbb arini aku cuti..mm sbb ape ek aku amek cuti arini..bkn hnya aku nk rehatkan diri, ttp disebabakn aku mempunyai adik yg akan daftr arini, so mak aku suh aku g dftr...pastu awal pagi antar nenek aku g amek darah kat hospital..pas anta mak dan nenek aku pg td, ak pun balik..sapa kat umh aku tdo balik sapa lah aku terkejut apabila datuk aku dtg kejutkn aku sbb mak aku coll suh amek die kat hospital..agak kelam kabut la td coz ak xmandi lg...dan hanya berbekalkan muka yg dibasuh, aku pun pg la amek mak aku dna nenek..

hehe...masa amek mak ak tu, die pun tnyela psl pendaftaran sekolah adik kembar aku..adoi,aku terlupa dan biasalah mak aku membuka mulutnya meleteriku..huhu..padan muka aku..last2 mak aku sndr la yg g dftr adik..hehehe..sori ummi tau...

ngah2 tgu mak aku, subcon surau lak kol nk konkrit ble..aku da jd runsing lak..ak xtau nk knkrit ble...sbb projek tu da delay 3bln dah, jd aku gtaula yg knkrit perlu ditunda..mls da nk lyn tau..

then, hari cuti ni, aku just duk umh tgk tv jer memanjg..masak nasi je,kuah tumis telur hahaa..seb bek fmily aku ni bkn jenis memilih.mkn je ape2..mak aku tu besela sibuk jgk..nge songket die tu...

mm alamak, aku xsolat lg lah..asar dah nak habis da..huhu..k la..tata..mmwahhh*


~srai~